Sunday, March 29, 2009

4 dilenyek


ALOR GAJAH:
Sudah suratan takdir. Empat penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Melaka, Lendu di sini, bukan saja berkongsi minat sama dalam permainan ragbi dan tinggal sebilik di asrama, malah menemui ajal serentak apabila terbabit dalam kemalangan ngeri, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 11 malam di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) berdekatan persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Petai, dekat sini, tiga daripada empat mangsa terbunuh di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala dan badan akibat tersepit dalam kereta.
Seorang lagi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Alor Gajah (HAG).Kereta Toyota GL yang dinaiki keempat-empat penuntut terbabit menjadi ‘lempeng’ berikutan digilis sebuah treler sarat muatan blok getah diproses untuk eksport sebelum diseret sejauh 25 meter.
Mangsa ialah
Mohamad Sulaiman Rahman, 21, dari Temin, Jerantut, Pahang;
penuntut tahun tiga Diploma Pengurusan Bank;
Mohd Nafil Kosnon, 20, dari Bagan Terap, Sungai Besar, Selangor
(tahun dua Diploma Pentadbiran Awam);
Mohd Shaherman Sudin, 22, dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan
(tahun tiga Diploma Pengajian Perniagaan)
dan Muhamad Zaki Jasmi, 23, dari Teluk Mas, Melaka
(tahun tiga Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat).
Difahamkan, ketika kejadian mereka yang tinggal di Kolej Tun Tuah, UiTM Kampus Lendu menaiki kereta dipandu Mohd Nafil untuk menghantar Muhamad Zaki ke perhentian bas di Melaka Sentral.
p/s: sayu hatiku mmbca kisah ini. Al-fatihah buat mereka.

14 comments:

iamredranger said...

sedehnye..
sungguh tragik!

~nEeYsA~ said...

dhla sbilik...
sume lak mninggal..
diseret 25 meter g..
duhh...
x terbyg!

ichawanie said...

aduhhh..
sedih nyer...
hncur kereta...
cmne la ngn parenst diorg ekk..
huhuhu..
p/s:brhati2 dijln raya...

~nEeYsA~ said...

ntah arr...
bnde ni pun bru je trjdi..
dorg yg 3 org tu nk hntr sorg g kwn die ke terminl..
kalo x silap bnde ni trjdi sbb pmndu treler tu lnggr lmpu mrh..
huh..

ichawanie said...

ya allah..
emm klu kiter brhti2 pom..
org len plk yg xbrhti..
emm da ajal nk bt cmne..
redha je la...

~nEeYsA~ said...

btol2..
semua ketentuan di tgn-Nya..

madihahzubir said...

betol.tragis giler.aku bc bite ni mln td..sian family dorg.

ichawanie said...

emm xsgke kan..
nk bt cmne madi..
da smpai wktu diorg...
da trtls..
kiter kena trm ketentuannye....

Shoujiroh said...

waaaa...
sedih2...
sedihnye kete tu hancor...

~nEeYsA~ said...

laaa..jero ni..
cdey tpu tu..
hahaha..
kete je?

Shoujiroh said...

kete toyota GL tu...
rugi2...
hehe...


p/s:xde la saje je,moga roh diorng ditmpatkan dikalangan org yg beriman...amin

~nEeYsA~ said...

hehehe...
amin...

madihahzubir said...

amin~~

Muhammad Rafiq Hasrudin said...

innalillahh...